Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lima Casio G-Shock Baru Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke-35

Sekiranya anda membesar di dekad 90-an, Casio G-Shock ialah jam tangan yang menjadi simbol status di sekolah. Ia seperti iPhone terkini yang perlu dimiliki kerana ia bukan sahaja kelihatan ranggi tetapi mempunyai kemampuan tahan lasak yang dikagumi. Tahun hadapan G-Shock akan menyambut ulang tahunnya yang ke-35. Oleh itu Casio melancarkan lima model baru untuk mengingatinya.

Model yang dilancarkan ialah GA-135A-1AGA-735A-1AGA-835A-1A, GG-1035A-1A Mudmaster dan GW-5035A-1 . Kelima-lima jam ini akan mempunyai label “Since 1983” berwarna merah pada muka jam dan cop emas logo ulang tahun ke-35 pada bahagia belakang. Kelima-limanya juga hadir dengan warna baru Big Bang Black. Ia warna hitam pusam yang tidak memancarkan semula cahaya dan ia tidak pernah digunakan pada jam tangan G-Shock sebelum ini.

Model paling menarik mungkin GW-5035A-1 kerana ia adalah mengitar semula rekaan G Ghock pertama dengan beberapa kemaskini moden. Kesemua jam tangan di bawah koleksi Big Bang Black ini tahan hentakan dan kalis air sehingga kedalaman 200 meter. Harga jualan adalah di antara $160- 370 (~RM 683-1580) sebuah. Berita buruk di sini ialah ia GW-5035A-1 yang mempunyai ketahanan bateri sehingga lima tahun hanya ditawarkan di China dan Amerika Syarikat,



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lima Casio G-Shock Baru Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke-35"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info