Fave merupakan satu startup yang pada awalnya memfokuskan kepada kecergasan menerusi nama asalnya KFit. Namun mereka yang telah mengambil alih Groupon Malaysia kini telah menawarkan promosi kupon untuk pelbagai kedai-kedai di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Kini, selepas hampir setahun beroperasi dengan jenama baru, mereka telahpun melancarkan fungsi pembayaran dan juga pulangan tunai dikenali sebagai FavePay menerusi aplikasi mereka.
Jika pengguna kerap melayari aplikasi tersebut untuk mencari kupon dan promosi, kini aplikasi Fave yang sama dapat digunakan untuk melakukan pembayaran dan lebih dari itu, menerima pulangan tunai (Cashback) untuk setiap pembayaran menggunakannya. Fungsi ini dikenali sebagai FavePay.
Menerusi fungsi ini, pengguna akan menerima ganjaran secara serta-merta, dan melayakkan pengguna untuk menerima diskaun apabila membayar menggunakan FavePay pada pembelian seterusnya. FavePay memerlukan pengguna menghubungkan kad kredit atau debit untuk melakukan pembayaran di kedai yang menyokong fungsi ini.
Bagi pemilik kedai dan perniagaan, mereka dapat menawarkan program ganjaran kesetiaan ini secara terus kepada pengguna Fave. Sehingga kini lebih dari 500 kedai di Lembah Klang yang menyokong FavePay selama tempoh percubaan awal dan pada masa akan datang, mereka akan melancarkan fungsi ini di bandar lain.
Cuba: Fungsi Pembayaran FavePay
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kini Lebih Dari 500 Kedai Di Lembah Klang Menggunakan FavePay"