Pada hari ini, Instagram sedia memudahkan pengguna berkongsi gambar dan video di Instagram terus ke Facebook. Kini, selain daripada hanya gambar dan video biasa, mereka kini dilihat turut sedang menguji perkongsian Instagram Stories terus ke Facebook.
Seperti ramai sedia maklum, Facebook turut mempunyai ciri Facebook Stories mereka – namun ia agak kurang popular berbanding dengan Instagram Stories. Dengan langkah ini, ia akan memperbanyakkan lagi kandungan di Facebook Stories, selain membolehkan pengguna Instagram berkongsi kandungan sama antara perkhidmatan sosial lain.
Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian, dan tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara meluas untuk semua.
ALERT
Instagram is testing option to share your 'Story' directly to Facebookh/t @mruiandre http://pic.twitter.com/VTqI92dNJe
— Matt Navarra ⭐️ (@MattNavarra) September 6, 2017
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Menguji Ciri Perkongsian Instagram Stories Terus Ke Facebook"