Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ura-Ura Telefon Android Nokia Akan Dihasilkan Oleh Foxconn

Nokia mengumumkan akan memasuki semula arena penghasilan telefon pintar pada tahun hadapan. Kini terdapat ura-ura bahawa telefon pintar Android mereka kelak akan dihasilkan oleh Foxconn. Foxconn dipilih kerana Nokia berpuas hati dengan kerjasama mereka sebelum ini untuk menghasilkan tablet Nokia N1. Nokia tidak lagi mampu menghasilkan peranti mereka sendiri setelah menjual kesemua kilang milik mereka kepada Microsoft. Kehadiran semula Nokia ke persada peranti mudah alih ini sangat dinantikan kerana mereka adalah nama besar dunia peranti mudah alih dan masih mampu mereka peranti yang baik. Persoalannya ialah adakah Nokia akan menggunakan Android Vanilla aku terus menggunakan antaramuka Z Launcher. Secara peribadi kami rasakan jika ada wujud Nokia Nexus tahun hadapan kami antara orang pertama yang akan membelinya.

Nokia Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ura-Ura Telefon Android Nokia Akan Dihasilkan Oleh Foxconn"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info