Facebook hari ini mengumumkan yang mana perkhidmatan atau platform permesejan mereka, Messenger kini mempunyai lebih 1.3 bilion pengguna aktif setiap bulan.
Untuk Facebook, angka berkenaan semestinya mengembirakan mereka – apatah lagi selain Messenger, mereka turut mempunyai perkhidmatan permesejan WhatsApp yang turut mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif seluruh dunia.
Messenger sebelum ini telah diasingkan sebagai platform khusus berbanding Facebook, dan sejak daripada itu, sejumlah ciri-ciri baru telah ditambah, termasuk sokongan panggilan video, panggilan suara, bot, dan sebagainya. Malah, di Amerika Syarikat, Messenger turut menawarkan ciri pembantu maya pintar tersendiri.
Dengan perkembangan sihat ini, kita mungkin akan melihat lebih banyak penambahan baru pada Messenger – dan juga tidak lupa adalah paparan iklan terus pada aplikasi permesejan berkenaan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Messenger Kini Mempunyai Lebih 1.3 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan"