Sembang Maniac

Sembang-sembang je

RunPee – Ketahui Bila Anda Boleh Ke Tandas Ketika Menonton Wayang Supaya Tidak Terlepas Adegan Penting

Salah satu perkara yang umum ketahui ketika ke panggung wayang adalah dimana tayangan akan berterusan tanpa berhenti ketika pertengahan filem. Perkara ini mungkin menyukarkan anda sekiranya anda tiba-tiba ingin ke tandas dan pada masa yang sama tidak ingin terlepas sebarang babak menarik dalam sesuatu filem tersebut.


Untuk memudahkan anda merancang ke tandas, dan pada masa yang sama tidak terlepas sebarang babak menarik, salah satu aplikasi yang mungkin boleh membantu adalah RunPee.


RunPee


RunPee ditawarkan untuk Android, iPhone dan juga Windows Phone. RunPee mengumpulkan data daripada para pengguna, dan anda boleh memilih masa yang anda kehendaki sekiranya ingin ke tandas. Aplikasi ini turut menyediakan sebuah sinopsis ringkas, membolehkan anda mengetahui apakah babak yang anda mungkin terlepas sekiranya mengambil masa ke tandas.


Aplikasi ini juga turut disertakan dengan sebuah penggera terbina untuk anda merancang masa anda ke tandas. Satu lagi fungsi menarik pada aplikasi ini adalah sokongan untuk melihat sama ada terdapat sebarang babak selepas kredit (End Credits), sekaligus membolehkan anda menontonnya tanpa terlepas.


Bagi anda yang aktif ke panggung wayang, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma (kecuali Windows Phone), dan menggunakannya untuk melihat info ringkas berkaitan filem yang anda ingin tonton, merancang masa ke tandas, dan pada masa yang sama berkongsi info daripada anda bersama-sama pengguna yang lain.




Muat-Turun RunPee untuk Windows Phone (RM2.99)





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "RunPee – Ketahui Bila Anda Boleh Ke Tandas Ketika Menonton Wayang Supaya Tidak Terlepas Adegan Penting"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info