Sembang Maniac

Sembang-sembang je

DxOMark : Kamera Sony Xperia XZ Premium Tidak Mampu Menandingi iPhone 7

Logik akan mengatakan peranti baru dengan sensor lebih besar dan teknologi terkini selalunya mempunyai kemampuan yang lebih baik berbanding peranti tahun sebelumnya. Di dalam kes Sony Xperia XZ Premium ini tidak boleh digunapakai. Menurut ujian DxOMark, kamera yang digunakan pada Sony Xperia XZ Premium hanya menerima 83 markah dan ini adalah di belakang iPhone 7.

Ini adalah jauh di belakang iPhone 8 Plus yang mencatatkan 94 markah dan hanya satu markah di hadapan Samsung Galaxy S6 Edge. Komen yang diberikan ialah peranti mempunyai sistem penstabilan elektronik yang baik serta kemampuan mengambil gambar waktu malam dengan noise yang rendah. Walaubagaimanapun lensa terdedah kepada masalah silau, penghasilan warna gambar yang berbeza di luar serta di dalam dan dynamic range yang terhad.

Di dalam ulasan kami sendiri, kami mengatakan gambar yang diambil menggunakan Xperia XZ Premium kurang tajam walaupun warna yang diambil hidup. Apabila gambar diambil pada waktu malam, ianya gelap jika dibandingkan dengan yang diambil menggunakan Samsung Galaxy S8. Buat masa ini DxOMark masih belum mengulas Samsung Galaxy S8 dan Galaxy Note 8.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "DxOMark : Kamera Sony Xperia XZ Premium Tidak Mampu Menandingi iPhone 7"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info