Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Digi Postpaid Infinite 100 Kini Boleh Didaftar – Data Dan Panggilan Tanpa Had, 20GB Tethering, RM100 Sebulan

Seperti dikongsikan sebelum ini, hari ini Digi telah membuka pendaftaran untuk pelan pascabayar terbaru mereka dengan penawaran data tanpa had, iaitu Digi Postpaid Infinite 100. Melaluinya, pada harga langganan RM100 sebulan, pengguna boleh mendapatkan data dan panggilan suara tanpa had melaluinya.

Walaupun menawarkan data tanpa had, tetapi untuk penggunaan hotspot tethering, ia diterhadkan kepada 20GB. Digi juga dilihat mengehadkan penawaran ini dengan kelajuan 5Mbps untuk data.

Digi Postpaid Infinite 100

Digi menawarkan pakej baru ini terhad kepada lima hari ini sahaja sempena Hari Malaysia.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar untuk pelan baru ini di laman Digi hari ini. Selain daripada penawaran baru ini, Digi turut menawarkan Digi Postpaid 150 Infinite yang menawarkan kebolehan hotspot tethering tanpa had.

Layari : Digi Postpaid Infinite 100



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Digi Postpaid Infinite 100 Kini Boleh Didaftar – Data Dan Panggilan Tanpa Had, 20GB Tethering, RM100 Sebulan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info