Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekaan Samsung Galaxy A3 Dan A5 Baru Tertiris

Samsung Galaxy A3 dan A5 yang muncul awal tahun ini di Malaysia adalah usaha awal Samsung untuk menghasilkan peranti dengan rekaan logam dan bateri yang tidak boleh ditanggalkan. Mereka cuba lagi dari stigma pengeluar peranti dengan rekaan plastik dengan pengenalan peranti keluarga A kepada pengguna. Dua rekaan Galaxy A3 dan A5 generasi kedua kini tertiris. Kedua-duanya kini mempunyai rekaan yang serupa dengan sebuah Galaxy S6.

Samsung-Galaxy-A3-A5-Tertiris-1

Panel logam pada bahagian belakang kini diubah kepada bahan kaca. Lokasi pembesar suara yang dahulunya bersebelahan kamera kini terletak di bahagian bawah. Pembesar suara nampaknya masih lagi mono. Kemasan tepi juga lebih bulat dan tidak rata seperti model terdahulu. Maklumat lain mengenai spesifkasi masih belum diketahui tetapi ianya pasti menggunakan pemproses kelas pertengahan. Ura-ura turut mengatakan A3 dan A5 baru tidak akan dilancarkan tahun ini tetapi dilewatkan ke awal tahun hadapan.

Samsung-Galaxy-A3-A5-Tertiris-2

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Samsung Galaxy A3 Dan A5 Baru Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info