Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SteelSeries Apex M570 Dilancarkan – Papan Kekunci Mekanikal Dengan Kerangka Aluminim

Adakah anda mahukan papan kekunci yang tahan lasak dan boleh digunakan bertahun lamanya? Sekiranya ya kami amat menyarankan penggunaan papan kekunci mekanikal. SteelSeries Apex M570 ialah sebuah lagi papan kekunci mekanikal yang dilancarkan hari ini. Ia mempunyai kerangka yang diperbuat daripada aluminium kelas aeronautik.

 

Apex M570 turut menggunakan suis QX2 buatan Steelseries. Ini berbeza dari suis Cherry MX yang digunakan oleh mereka sebelum ini. Sokongan lampu RGB disertakan dengan perisian Steelseries Engine. Perisian ini membolehkan pengguna melakukan kustomasi warna yang dipaparkan pada kekunci. SteelSeries Apex M570 dijual pada harga $140 (~RM 601) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SteelSeries Apex M570 Dilancarkan – Papan Kekunci Mekanikal Dengan Kerangka Aluminim"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info