Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MRT Akan Dilengkapi Dengan Sokongan WiFi Menjelang Penghujung 2017

MRT (Transit Aliran Massa) telah memulakan operasi baru-baru ini di Lembah Klang, dan terkini, pihak MRT berkongsi mengatakan yang mana stesen MRT dan keretapi akan dilengkapi dengan sokongan WiFI menjelang penghujung 2017 kelak.

Ini sekaligus akan membolehkan para pengguna kekal berhubung atau melakukan pelbagai tugasan ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan. Ia tidak diketahui lagi sama ada ia akan ditawarkan secara percuma atau berbayar.

Buat masa ini, beberapa syarikat telekomunikasi telah mendemonstrasikan sokongan rangkaian mereka ketika menggunakan perkhidmatan MRT – dan dengan pihak MRT sendiri ingin menawarkan perkhidmatan sambungan ke internet ini, ia semestinya mengembirakan ramai pengguna.

Pihak MRT mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai penawaran dan informasi lanjut mengenai perkhidmatan WiFi ini tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MRT Akan Dilengkapi Dengan Sokongan WiFi Menjelang Penghujung 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info