Facebook telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini yang mana mereka akan hadir dengan rancangan dan siri-TV eksklusif untuk platform mereka. Hari ini, gergasi laman sosial berkenaan mengesahkan perkara berkenaan, dan mengumumkan Watch.
Melalui Facebook Watch, ia akan menyediakan sejumlah kandungan eksklusif yang boleh ditonton pada platform berkenaan, menyediakan senarai rancangan untuk anda langgan dan menontonnya bila terdapat episod baru, serta berbincang dengan peminat lain melalui integrasi Facebook Groups.
Buat masa ini, Facebook Watch ini hanya terhad untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Facebook akan memperkenalkan penawaran sama pada peringkat global.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Memperkenalkan “Watch” – Halaman Setempat Untuk Rancangan Video"