Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Kini Memudahkan Anda Merakamkan Gambar 360-darjah

Facebook hari in telah memperkenalkan kemaskini kecil pada aplikasi mudah-alih mereka, dimana melaluinya mereka menyertakan salah satu ciri menarik – iaitu kebolehan merakamkan gambar 360-darjah.

Kini, anda boleh memilih untuk membuat status baru pada Facebook, dan memilih merakamkan gambar 360-darjah. Anda seterusnya akan dibawa kepada aplikasi kamera yang mengaktifkan ciri rakaman gambar 360-darjah.

Facebook 360

Gambar yang dirakamkan berkenaan boleh dikongsikan terus ke laman sosial berkenaan. Dengan ciri ini, ia sekaligus memudahkan lagi para pengguna untuk berkongsi sesuatu gambar disekitar mereka – dan membolehkan rakan-rakan dan ahli keluarga melihatnya dengan lebih dekat seumpama mereka berada di sana.

Sekiranya anda menggunakan Facebook di Android atau iOS, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini dan mengakses ciri baru ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Kini Memudahkan Anda Merakamkan Gambar 360-darjah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info