Sembang Maniac

Sembang-sembang je

DeLorean DR-7 – Kereta Terbang DeLorean Hampir Menjadi Realiti

Di dalam filem Back To The Future, kereta DeLorean DMC-12 diubahsuai menjadi sebuah mesin merentas masa. Ia mempunyai kemampuan untuk terbang seperti quadrotor kerana di masa hadapan ini ialah fungsi standard pada kenderaan. Selepas 32 tahun filem ini ditayangkan, kereta terbang DeLorean kini hampir menjadi realiti.

Rekaan DeLorean DR-7 oleh DeLorean Aerospace diperlihatkan. Kereta terbang untuk dua penumpang ini dilengkapi dua kipas yang membolehkannya terbang secara menegak. Apabila mencapai ketinggian yang dikehendaki, kipas akan berputar ke hadapan dan DR-7 berubah menjadi kapal terbang bersayap biasa. Ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dengan sasaran kelajuan maksimum 386 kmj dan jarak operasi 193 km.

 DeLorean Aerospace ialah syarikat yang diasaskan pada tahun 2012. Ia dimiliki oleh Paul DeLorean yang merupakan anak buah kepada John DeLorean – pengasas syarikat kenderaan DeLorean. Buat masa ini DR-7 masih lagi dalam proses ujian dan model skala kecil. Ia akan memberikan cabaran kepada kereta terbang lain yang sedang dibangunkan seperti Lillium, Terrafugia dan CityHawk.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "DeLorean DR-7 – Kereta Terbang DeLorean Hampir Menjadi Realiti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info