Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ASUS Menawarkan Router Bangsawan ASUS ROG Rapture GT-AC5300 – Hadir Pada Harga RM2599

Permainan atas talian, termasuklah tajuk-tajuk popular e-sukan seperti DoTA, League of Legends, Overwatch dan sebagainya memerlukan sambungan ke internet yang cukup pantas dan stabil untuk anda betul-betul menghayati permainan tersebut.

ASUS sedar bahawa hanya kerana anda mempunyai komputer yang berkuasa dan sambungan internet yang laju, tidak semestinya perkakasan rangkaian rumah anda mampu memberikan anda sambungan ke permainan tanpa sela-masa dan latency yang rendah.

Router ASUS ROG Rapture GT-AC5300 bakal hadir di pasaran Malaysia, dan akan hadir dengan beberapa teknologi yang cukup menarik bagi mereka yang memerlukan rangkaian internet yang pantas, lancar dan cekap khusus untuk permainan-permainan komputer atas talian mereka.

Router GT-AC5300 ini hadir dengan tiga ciri utama yang dapat membantu anda mendapatkan rangkaian yang cukup efisien supaya permainan-permainan komputer anda tidak dibelenggu masalah sela-masa.

Ini termasuklah penggunaan port-port gaming yang akan mengutamakan apa-apa peranti yang disambung kepadanya, perisian Game Center dan Game Boost yang meneliti paket data untuk mengutamakan paket untuk permainan komputer dan video, dan juga sambungan kepada rangkaian Gamers Private Network oleh WTFast yang menjanjikan sambungan optimum ke pelayan-pelayan permainan komputer yang hadir dengan latency dan nilai ping yang rendah.

Selain dari itu, router ini juga hadir dengan sambungan Triband, dimana anda akan diberi pilihan untuk menyambung ke rangkaian melalui band 2.4GHz dan dua band 5GHz untuk sambungan tanpa gangguan daripada rangkaian-rangkaian router yang lain.

Ia juga hadir dengan ciri-ciri lain yang cukup menarik seperti IPS (Intrusion Prevention System) yang melindungi rangkaian internet anda daripada diserang oleh perisian hasad, dan juga VPN Fusion, dimana anda boleh menjalankan servis VPN dan juga sambungan internet biasa pada masa yang sama.

 

Menurut pihak ASUS, router ASUS ROG Rapture GT-AC5300 ini akan hadir di pasaran Malaysia pada bulan September nanti pada tanda harga RM2599. Jika anda selalu tewas apabila bermain DoTA, dan sering menyalahkan lag sebagai punca kekalahan anda, mungkin ini salah satu solusi untuk memperbaiki masalah anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ASUS Menawarkan Router Bangsawan ASUS ROG Rapture GT-AC5300 – Hadir Pada Harga RM2599"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info