Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer One 10 – Komputer Riba Dengan Spesifikasi Asas Dan Windows 10 Pada Harga RM1099

Acer hari ini telah melancarkan beberapa komputer riba untuk pasaran tempatan, dan salah satu yang turut diumumkan adalah komputer riba dengan penawaran asas pada harga rendah, iaitu Acer One 10.

Acer One 10 hadir dengan skrin bersaiz 10.1-inci pada resolusi 1280×1800 pixel, dilengkapi cip Intel Atom x5, memori 2GB RAM, dan menggunakan Windows 10 Home. Ia turut menggunakan storan berasaskan eMMC bersaiz 64GB.

Acer One 10

Acer One 10 adalah komputer riba berbentuk hibrid, dimana pengguna boleh tanggalkan papan kekunci dan menggunakan ia sebagai sebuah tablet. Acer menggunakan sambungan berasaskan magnetik untuk tujuan menghubungkan papan kekunci ke bahagian tablet ini.

Acer One 10

Komputer ini dilihat lebih menyasarkan kepada mereka yang inginkan peranti Windows 10 untuk melakukan tugasan asas – seperti oleh pelajar sekolah dan sebagainya.

Di Malaysia, Acer menawarkan komputer riba Acer One 10 ini pada harga RM1099.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Acer One 10 – Komputer Riba Dengan Spesifikasi Asas Dan Windows 10 Pada Harga RM1099"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info