Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan WhatsApp Dilaporkan Dihalang Separa Akses Di China

China sedia terkenal dengan kawalan akses internet mereka. Terkini, ia dilaporkan yang mana pengguna WhatsApp di China menghadapi sedikit masalah untuk menggunakan aplikasi permesejan tersebut – terutamanya ketika menghantar gambar atau video.

Ia dilihat halangan yang dikenakan adalah masih terhad dan bukan menyeluruh seperti beberapa perkhidmatan yang lain.

Perkara ini mungkin sekadar memberikan masalah sekiranya pengguna dari luar negara pergi bercuti ke sana, atau pengguna dari China ingin berinteraksi dengan rakan-rakan luar negara sahaja – memandangkan WeChat lebih popular di China dan digunakan dalam pelbagai urusan harian.

Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan ini adalah kekal, maka mungkin pihak Facebook perlu melihat kepada kaedah baru untuk memasuki pasaran dengan berbilion pengguna berkenaan.

Jikalau anda ingin ke China dalam waktu terdekat, mungkin boleh bersedia dengan memasang beberapa aplikasi permesejan alternatif seperti WeChat dan lain-lain untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan ketika berada di China.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perkhidmatan WhatsApp Dilaporkan Dihalang Separa Akses Di China"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info