Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Penyunting Gambar Popular Dari Mac, Luminar, Kini Ditawarkan Untuk Windows Dalam Bentuk Beta

Luminar merupakan salah satu aplikasi popular untuk tujuan penyuntingan gambar yang khusus untuk pengguna Mac sebelum ini. Kini, selepas hanya khusus untuk Mac sahaja, pembangunnya Macphun telah mula menawarkan penyunting gambar berkenaan untuk para pengguna Windows dalam bentuk beta terbuka.

Luminar Windows

Luminar membolehkan anda membuat beberapa penyuntingan pada gambar dalam menambah-baik hasil akhirnya, termasuk menambah penuras dengan bantuan kecerdasan buatan, membetulkan hasil rakaman, mengubah fail RAW, dan sejumlah ciri-ciri menarik lain.

Luminar ditawarkan dalam bentuk beta sahaja buat masa ini, dan bakal dilancarkan dalam beberapa bulan. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan perlu mendaftar alamat emel untuk boleh menggunakannya.

Muat-Turun Luminar Beta untuk Windows



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Penyunting Gambar Popular Dari Mac, Luminar, Kini Ditawarkan Untuk Windows Dalam Bentuk Beta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info