Pembangun disebalik Media Player Home Cinema kini telah melancarkan versi terbaru MPC-HC, iaitu 1.7.13 yang membawakan beberapa ciri-ciri dan penambahan baru padanya. Apa pun, sedikit mengejutkan pada pengumuman kemaskini yang dilakukan, pembangunnya turut mengatakan ia mungkin versi terakhir daripada mereka.
Pembangunnya mengatakan bilangan pembangun yang menyumbang untuk pembangunan projek ini telah mencapai angka sifar – sekaligus melihat ia mungkin versi akhir yang ditawarkan. Seperti biasa, sekiranya terdapat pembangun dengan pengalaman C/C++ yang ingin menyumbang kepakaran – berkemungkinan projek ini diteruskan – atau sebaliknya, ia mungkin mati sebegitu sahaja.
Media Player Classic Home Cinema adalah variasi yang dibangunkan daripada Media Player Classic, dan menyertakan beberapa ciri-ciri tambahan. Walaubagaimanapun, ia boleh dikatakan kurang popular jikalau dibandingkan dengan VLC dan sebagainya.
Apa pun, seperti biasa, anda masih boleh memuat-turun perisian Media Player Classic Home Cinema ini buat masa ini, dan tidak diketahui sama ada kemaskini baru akan hadir atau tidak.
Perisian Media Player Classic tidak terjejas dengan perubahan pembangun MPC-HC ini.
Muat-Turun Media Player Classic Home Cinema
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Media Player Classic Home Cinema (MPC-HC) 1.7.13 Dilancarkan – Mungkin Versi Terakhir"