Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maingear R2 Razer Edition – Gaming PC Hasil Kerjasama Maingear Dan Razer

Pembuat komputer Maingear merupakan sebuah jenama yang cukup popular di Amerika Syarikat, dan mereka dapat dilihat membina PC yang mementingkan rekaan dan juga prestasi, supaya pengguna-pengguna mereka berasa bangga menggunakan komputer dengan jenama tersebut.

Terkini, mereka mengumumkan kerjasama bersama Razer sekali lagi untuk mereka sebuah komputer yang bukan sahaja bersaiz kecil, tetapi sangat berkuasa yang bernama Maingear R2 Razer Edition. Rekaan cangkerang Maingear R2 ini sangatlah anggun, dan walaupun saiznya agak kecil, ia masih boleh memuatkan sebuah papan induk dan kad grafik bersaiz biasa, termasuklah penyejuk cecair CPU dan GPU.

Dari segi CPU, Maingear memberi pelanggan-pelanggannya pilihan untuk menggunakan cip pemprosesan AMD ataupun Intel. Dari pihak AMD, pembeli boleh pilih untuk menggunakan CPU setinggi AMD Ryzen 7 1800X, manakala dari pihak Intel pula, pilihan untuk menggunakan Intel Core i7-7700K (Kaby Lake) ataupun Intel Core i7-6950X (Broadwell-E).

Dari segi grafik pula, pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan kad grafik dari AMD dan NVIDIA. Untuk kad grafik AMD, pembeli mempunyai pilihan untuk menggunakan kad sehingga AMD RX 580, manakala NVIDIA pula hadir dengan pilihan sehingga NVIDIA GeForce GTX Titan X 12GB.

 

 

Maingear R2 ini juga hadir dengan beberapa pilihan yang cukup banyak untuk jumlah storan yang cukup besar dan pantas (SSD, M.2) dan juga jenis penyejuk yang sesuai untuk kegunaan pengguna (penyejuk udara dan cecair).

Tanda harga komputer Maingear R2 Razer Edition ini bermula dari $1099 untuk model yang hadir dengan CPU AMD Ryzen 5 1400 dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 3GB, manakala model yang menggunakan CPU Intel Core i7-7500 dengan kad grafik yang sama hadir dengan harga $1199.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maingear R2 Razer Edition – Gaming PC Hasil Kerjasama Maingear Dan Razer"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info