Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Ingin Memfokuskan Arena Kecerdasan Buatan – Memperlihatkan Beberapa Konsep Untuk Produk

Arena kecerdasan buatan sedia mempunyai pelaburan yang tinggi daripada pelbagai syarikat teknologi seluruh dunia. Kini, nampaknya pengeluar komputer popular, Lenovo turut tidak ingin ketinggalan. Lenovo pada acara Lenovo Tech World hari ini mengatakan yang mana kecerdasan buatan akan menjadi salah satu penghubung antara pelbagai produk mereka pada masa akan datang.

Lenovo sendiri mengatakan yang mana mereka mempunyai lebih 100 pengkaji dan jurutera dibawah bahagian Artificial Intelligence Lab mereka, dan dengan fokus yang lebih, tidak mustahil bahagian berkenaan terus diperluaskan dari hari ke hari – apatah lagi dengan fokus terhadap dataraya (Big Data), dan algoritma.

Berkongsi lanjut, Lenovo juga turut memperlihatkan beberapa produk konsep mereka.

Antaranya adalah CAVA – pembantu digital daripada Lenovo seumpama Siri, yang mana menggunakan pengecaman wajah dan pemprosesan bahasa pertuturan dalam memberikan cadangan dan hasil kepada pengguna.

Lenovo AI Cava

Lenovo turut memperlihatkan konsep SmartVest, iaitu sebuah pakaian pintar yang direkabentuk bersama pemantau ECG bagi memudahkan pengguna mengetahui keadaan jantung melalui sebuah aplikasi khusus.

Lenovo SmartVest AI

Dengan populariti speaker pintar, Lenovo turut memperlihatkan konsep SmartCast+ yang hadir dengan integrasi interaksi berasaskan AR dan pengecaman objek.

Lenovo SmartCast AI

Seperti biasa, apa yang dipertontonkan oleh Lenovo ini sekadar konsep sahaja, dan tidak diketahui sama ada penawaran ini akan direalisasikan atau hanya kekal konsep sahaja.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo Ingin Memfokuskan Arena Kecerdasan Buatan – Memperlihatkan Beberapa Konsep Untuk Produk"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info