Gif beranimasi yang dahulunya digunakan untuk menghiasi laman web kini digunakan di media sosial secara meluas. Facebook mula menyokong gif beranimasi di ruangan komen beberapa minggu yang lalu dan nampaknya akan menyokongnya pula terus dari aplikasi kamera mereka.
Beberapa pengguna mula diberikan fungsi rakaman gif beranimasi di dalam aplikasi kamera mereka semalam. Buat masa ini ia hanya terhad kepada sebilangan kecil pengguna peranti iOS. Melalui fungsi ini pengguna boleh menghasilkan sendiri gif beranimasi yang kemudiannya boleh disunting menggunakan penuras yang disediakan oleh Facebook.
Kerana ia produk Facebook, kami percaya ia kemudian akan beransur-ansur diperkenalkan pada platform lain milik mereka seperti WhatsApp dan Instragram.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Menguji Fungsi Rakaman Gif Pada Aplikasi Kamera"