Minggu lalu video menunjukkan peranti misteri dari Vivo dengan sistem imbasan cap jari terbina pada skrin. Kewujudan peranti seakan disahkan oleh teaser yang dikongsi oleh pihak Vivo hari ini. Di dalam teaser ini, imej cap jari permukaan skrin boleh dilihat.
Peranti ini akan dilancarkan pada acara MWC Shanghai yang akan berlangsung pada 28 Jun hadapan. Dengan pelancarannya, Vivo akan menjadi pengeluar pertama yang menghasilkan peranti dengan pengimbas cap jari terbina pada skrin. Apple dan Samsung kedua-duanya cuba mengintegrasikan fungsi ini pada peranti mereka tetapi menghadapi pelbagai masalah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Vivo Mengeluarkan Teaser Untuk Peranti Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin"