Selepas sekian lama senyap mengenai projek kereta Apple, hari ini Tim Cook buat pertama kalinya berkongsi mengenai apakah sasaran syarikat perkomputeran berkenaan dalam arena automotif – iaitu membangunkan teknologi swapandu.
“Kami sedang membangunkan sistem autonomi,” kata Cook dalam sebuah temuramah bersama Bloomberg. “Ia adalah sebuah teknologi teras yang kami anggap sebagai sangat penting”.
“Kami melihatnya sebagai ibu kepada semua projek berkaitan kecerdasan buatan (AI),” kata Cook dalam perkongsian beliau yang paling tinggi buat masa ini mengenai Apple dalam arena automotif. “Ini juga mungkin adalah merupakan salah satu projek AI yang paling sukar sedang dibangunkan”.
Apple pada awalnya ingin membangunkan kereta tersendiri, sebelum mengubah sasaran berkenaan dan mengutamakan dalam membangunkan teknologi swapandu disebaliknya terlebih dahulu. Pengeluar iPhone berkenaan telah mengambil lebih 1,000 jurutera untuk membangunkan Project Titan – nama disebalik pasukan yang memfokuskan arena automotif ini yang telah dimulakan pada 2014 lepas.
Sebelum ini, Apple telah menerima kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan di California untuk menguji kenderaan swapandu mereka tersendiri, dan beberapa gambarnya turut telah mula hadir ke arena internet.
“Terdapat tiga perubahan yang sedang berlaku pada masa kini, iaitu melibatkan arena kereta swapandu, kenderaan elektrik, dan perkhidmatan perkongsian kenderaan”, kata Tim Cook.
Apple sendiri sebelum ini telah melabur $1 bilion pada Didi Chuxing, salah satu perkhidmatan perkongsian kenderaan terbesar di China, yang turut berjaya menewaskan Uber di sana.
Pada temuramah Bloomberg ini juga, Tim Cook tidak berkongsi sama ada Apple akan membangunkan kenderaan mereka tersendiri atau tidak. “Kita akan lihat kemana ia membawa kita,” kata Cook.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tim Cook Mengatakan Apple Fokus Dalam Membangunkan Sistem Kereta Swapandu"