Snapchat atau syarikat disebaliknya, Snap sebelum ini telah memperkenalkan kaca mata pintar mereka tersendiri yang dinamakan sebagai Spectacles. Melaluinya, ia membolehkan pengguna mengambil gambar dan video – sekaligus berkongsi ia secara terus ke perkhidmatan Snapchat.
Kaca mata pintar berkenaan masih dijual dibeberapa buah negara sahaja, dan tidak diketahui bilakah akan ditawarkan pada peringkat global. Walaubagaimanapun, perkara berkenaan tidak menghentikan Snap daripada membangunkan generasi kedua kaca mata pintar mereka.
Buat masa ini, ia masih pada peringkat pembangunan, dan dikatakan jauh berbeza dengan generasi pertama kaca mata pintar mereka.
Ia juga dikatakan terdapat kemungkinan yang mana Snap mungkin mengintegrasikan ciri-ciri augmented reality pada kaca mata pintar akan datang mereka. Pada aplikasi Snapchat sendiri, baru-baru ini ciri World Lenses telah ditambah, dan berkemungkinan ciri sama hadir pada kaca mata pintar berkenaan kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Snap Dilaporkan Sudah Memulakan Pembangunan Kaca Mata Pintar Generasi Kedua"