Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Skull & Bones Diperlihatkan – Permainan Lanun Dunia Terbuka Bagi Yang Merindui Black Flag

Mari buat pengakuan ikhlas. Perkara paling menarik untuk dilakukan di dalam Assassin’s Creed IV Black Flag ialah menjadi lanun durjana dan menghapuskan kesemua kapal yang ditemui. Kami sendiri menjadi petualang lautan nombor satu di Asia Tenggara suatu ketika dahulu. Bagi yang rindu menjadi lanun, Skull and Bones baru sahaja diumumkan oleh Ubisoft.

Permainan dunia terbuka ini membenarkan pemain mengawal beberapa jenis kapal layar. Mereka kemudian boleh bekerjasama di atas talian untuk membentuk keikhwanan lanun mereka sendiri. Terdapat mod PVP yang membolehkan mereka menunjukkan kehebatan mereka menentang pasukan lain. Semakin hebat mereka melanun, permainan menjadi semakin mencabar dan mereka akan dikejar oleh pemburu lanun seperti di dalam Black Flag.

Skull and Bones dibangunkan oleh Ubisoft Singapore yang bertanggungjawab menghasilkan sistem pelayaran untuk Black Flag. Skull & Bones akan dilancarkan pada musim luruh 2018 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Skull & Bones Diperlihatkan – Permainan Lanun Dunia Terbuka Bagi Yang Merindui Black Flag"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info