MOL merupakan salah satu platform pembayaran untuk pembelian atas-talian atau fizikal yang popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi di sejumlah negara-negara membangun. Terkini, Razer membuat pelaburan strategik pada MOL, sekaligus membolehkan kedua-dua pihak dalam meneruskan kerjasama dan membangunkan arena platform pembayaran dan juga mata wang digital Razer.
Razer membeli pegangan sebanyak 19.9% pada MOL untuk tujuan berkenaan, dan kedua-dua syarikat akan berkongsi teknologi dalam arena tekwang (teknologi kewangan / FinTech).
Pada masa yang sama, Razer juga turut melantik MOL untuk mengedarkan mata wang digital, zGold mereka di rantau Asia Tenggara, sekaligus memudahkan pembelian kandungan daripada MOL menggunakan mata wang zGold, selain turut membeli dan menambah-nilai zGold di lebih 1 juta lokasi sekitar Asia Tenggara.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Razer Membuat Pelaburan Strategik Pada MOL"