Humble Bundle selain menawarkan permainan pada harga murah dengan diskaun menarik, mereka juga kadang-kala bekerjasama dengan penerbit permainan untuk menawarkan permainan video secara percuma untuk tempoh terhad. Untuk penghujung minggu ini, Humble Bundle Store menawarkan permainan Killing Floor secara percuma untuk tempoh yang sangat terhad.
Killing Floor merupakan permainan aksi tembak-menembak yang memfokuskan kepada kolaborasi bersama sehingga enam pemain. Anda perlu melawan sejumlah makhluk-makhluk yang menyeramkan, dan bebaskan bandar daripada makhluk berkenaan. Selain berbentuk kolaborasi, Killing Floor juga menawarkan permainan perseorangan secara offline.
Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan permainan ini secara percuma daripada Humble Store untuk tempoh yang sangat terhad (sekitar sehari lebih sahaja untuk menebusnya). Kod diberikan melalui Steam, dan ditawarkan untuk pengguna sistem operasi Windows, Mac dan Linux.
Tebus : Killing Floor
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Permainan Percuma Untuk Anda : Killing Floor"