Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Monitor Ultra-Lebar 49″ Dengan Skrin QLED 32:9 Dilancarkan Samsung

Monitor melengkung ultra-lebar mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2015. Gimik jualannya ialah ia boleh menggantikan dua monitor di atas meja bagi mereka yang ingin mengurangkan jumlah wayar yang berselirat. Samsung baru sahaja melancarkan CHG90, yang merupakan  monitor melengkung ultra lebar terbesar pernah mereka hasilkan.

Samsung CHG90 mempunyai skrin sebesar 49″ dengan resolusi 3840 x 1080 pixel. Ia menggunakan teknologi QLED Quantum Dot, menyokong paparan HDR. kadar segar semula 144 Hz, masa tindak balas 1ms dan AMD Radeon FreeSync 2. Pilihan port pula ialah 2 HDMI ports, 1 DisplayPort dan 1 Mini DisplayPort. Monitor ultra-lebar ini dijual pada harga $1499 (~RM 6389) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Monitor Ultra-Lebar 49″ Dengan Skrin QLED 32:9 Dilancarkan Samsung"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info