Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Membolehkan Anda Menaip Menggunakan Suara Pada Microsoft Office

Microsoft sedia mempunyai teknologi input berasaskan suara yang digunakan secara meluas pada Cortana – yang mana masih terhad dibeberapa buah negara sahaja. Kini, mengunakan teknologi disebaliknya, Microsoft Garage hadir dengan sebuah penawaran khusus memfokuskan pengguna Microsoft Office, dinamakan Dictate.

Melalui Dictate, pengguna hanya perlu memasang ia pada Microsoft Office, dan boleh melakukan input suara untuk menaip pada Microsoft Word, PowerPoint dan juga Outlook.

Dictate

Untuk makluman, terdapat beberapa perisian yang menawarkan ciri lebih kurang serupa, tetapi ia sesuatu yang menarik untuk melihat Microsoft sendiri menguji ciri input berasaskan suara melalui Microsoft Garage ini.

Buat masa ini, ia menyokong sekitar 20 bahasa untuk input, selain menawarkan terjemahan kepada sekitar 60 bahasa. Pengguna turut boleh memberikan arahan lain seperti “enter”, “new line” dan sebagainya ketika sedang “menaip menggunakan suara” melalui Dictate ini.

Bagi anda yang menggunakan Office, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba sendiri Dictate ini.

Muat-Turun Dicate untuk Microsoft Office



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Microsoft Membolehkan Anda Menaip Menggunakan Suara Pada Microsoft Office"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info