Asus baru sahaja melancarkan sejumlah komputer riba baru pada awal bulan Jun ini di Computex 2017. Kini, kurang daripada masa sebulan, Asus Malaysia telah pun menjadualkan acara pelancaran beberapa produk baru mereka yang diperkenalkan pada acara berkenaan di Malaysia pada penghujung minggu ini.
Apakah produk yang bakal dilancarkan masih menjadi tanda tanya. Asus ketika Computex 2017 telah memperkenalkan ZenBook Flip S – iaitu sebuah komputer riba yang boleh diputar 360-darjah, serta menawarkan skrin 4K, ZenBook Pro yang hadir dengan skrin 4K serta bateri sehingga 14 jam, ZenBook 3 Deluxe dengan rekaan serta ciri-ciri premium, selain pengenalan Asus VivoBook S dan juga VivoBook Pro.
Berkemungkinan kita akan melihat ke semuanya diumumkan, tetapi berkemungkinan tarikh jualannya di Malaysia akan mengambil sedikit masa berbanding pelancaran rasmi ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal ditawarkan oleh Asus untuk pasaran tempatan, dan juga berapakah harga jualannya kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Bakal Melancarkan Komputer Riba Terbaru Dari Computex Di Malaysia Pada Minggu Ini"