Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kelajuan Purata 4G Di Malaysia Antara Yang Paling Perlahan Di Dunia Menurut OpenSignal

Pejam celik perkhidmatan 4G di Malaysia sudah ditawarkan selama empat tahun di Malaysia. Ia menjanjikan kelajuan internet sehingga 100 Mbps. Tetapi umum diketahui kelajuan 4G berubah-rubah mengikut lokasi. OpenSignal baru sahaja mengeluarkan laporan kelajuan purata 4G di beberapa negara dunia pada suku pertama 2017 dan Malaysia berada di antara kedudukan paling bawah.

Kelajuan purata di Malaysia ialah 14.35 Mbps dan perkhidmatan ini mempunyai capaian 82.08% di Malaysia. Singapura di tangga teratas dengan kelajuan purata 45.62 Mbps dengan capaian 96.36%. Ini diikuti oleh Korea Selatan (43.46 Mbps) dan Hungary (42.61 Mbps). Apakah kelajuan purata 4G yang dinikmati anda di rumah?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kelajuan Purata 4G Di Malaysia Antara Yang Paling Perlahan Di Dunia Menurut OpenSignal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info