Januari lalu kami ada melaporkan HTC bercadang melancarkan tujuh peranti baru tahu ini. Ini adalah pengurangan dari 12 peranti yang dilancarkan sepanjang 2016. Nampaknya jumlah pengeluaran peranti baru HTC akan dikurangkan lagi kepada tiga atau empat sahaja setahun dalam masa terdekat.
Ini diumumkan sendiri oleh Chang Chia-lin yang merupakan presiden bahagian peranti mudah alih HTC. Pengurangan ini adalah sebahagian daripada langkah mengurangkan kos operasi syarikat. Tahun lalu mereka mencatatkan kerugian berjumlah NT$10.6 Billion (~RM 1.5 Billion).
Pada waktu yang sama berita baik turut diumumkan di mana jualan awal HTC U11 setakat adalah lebih baik berbanding HTC One M9 dan HTC 10. Kami telah mengulas U11 dan ia antara peranti terbaik dilancarkan tahun ini. Untuk ulasan lengkap sila ke pautan di bawah
Baca Ulasan HTC U11 – Peranti utama berkuasa dengan tubuh boleh dipicit
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Akan Mengurangkan Jumlah Pengeluaran Peranti Baru Ke Tiga Atau Empat Setahun"