Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Mengubah Misi Kepada Merapatkan Komuniti Seluruh Dunia

Facebook sebelum ini beroperasi dengan misi untuk “menghubungkan seluruh dunia”. Dengan angka pengguna aktif hampir 2 bilion, kini Mark Zuckerberg mengumumkan perubahan kepada misi utama mereka, dan mengatakan kini misi utama Facebook adalah untuk “merapatkan komuniti seluruh dunia”.

Berkongsi lanjut mengenainya, Mark Zuckerberg mengatakan kini Facebook ingin memberikan kuasa dan keupayaan kepada pengguna dalam membangunkan komuniti, dan pada masa yang sama merapatkan seluruh dunia.

Facebook Mark Zuckerberg

Mark mengatakan dengan lebih ramai berhubung, kita boleh bersatu dalam mengatasi pelbagai cabaran, termasuk untuk mengatasi kemiskinan, mengubati penyakit, menghentikan keganasan dan sebagainya.

Bersama-sama dengan pengumuman misi baru laman sosial berkenaan, Mark Zuckerberg turut memperkenalkan sejumlah ciri-ciri baru khusus untuk pembangunan komuniti melalui beberapa fungsi baru pada Facebook Groups.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Mengubah Misi Kepada Merapatkan Komuniti Seluruh Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info