iPhone 8 dipercayai akan menjadi peranti pertama di dunia dengan sistem pengimbas cap jari terbina pada skrin. Dengan rekaan ini iPhone dengan rekaan semua-skrin pada bahagian hadapan akan menjadi kenyataan. Tetapi rekaan pengimbas terbina ini mungkin tidak sesuai untuk peranti berskrin besar seperti iPad. Apple telah memikirkan jawapan kepada persoalan ini
Mereka baru sahaja dianugerahkan paten untuk pengimbas jari terbina pada butang kuasa di sisi peranti untuk peranti berskrin besar. Paten difailkan pada suku ke-dua 2015 dan baru sahaja diluluskan. Sistem imbasan cap jari pada butang kuasa di sisi peranti kali pertama kali temui pada peranti Sony Xperia Z4.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dianugerahkan Paten Butang Kuasa Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Untuk Peranti Besar"