Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Serangan Ransomware “WannaCry” Tersebar Seluruh Dunia

Trend serangan berasaskan ransomware telah semakin meningkat dari hari ke hari sejak setahun dua ini. Ia sering tersebar dengan mudah apabila pengguna memuat-turun sesuatu perisian atau klik pada pautan daripada emel yang tidak dikenali – dan seterusnya terpasang pada komputer anda, serta mengawal pelbagai fail dan dokumen di komputer. Pengguna biasanya akan diminta untuk membuat bayaran sebelum melepaskan akses ke dokumen dan fail-fail anda.

Terkini, sebuah ransomware baru mula tersebar secara meluas, dinamakan sebagai “WannaCry”. Menurut Avast, sekitar 75,000 serangan telah berlaku dalam tempoh 24 jam lepas, menyerang pengguna sekitar 99 buah negara.

Ransomware ini dikatakan mengggunakan kelemahan pada sistem Windows yang dikenal-pasti oleh NSA di Amerika Syarikat, dan meminta pengguna membayar terlebih dahulu sebelum memberikan akses kepada fail dan dokumen mereka.

Buat masa ini, pihak Microsoft telah mengeluarkan patch untuk mengatasinya di Windows XP dan terkini, selain menekankan yang mana pengguna sering mengemaskini Windows Defender, dan menggunakan versi Windows terkini untuk mengelak perkara ini.

Serangan ini juga dilihat kini telah dapat dikawal – tetapi tidak mustahil untuk kita melihat variasi daripada ransomware ini hadir pada masa akan datang.

Kepada para pengguna, seperti biasa, anda dinasihatkan tidak memuat-turun perisian daripada laman-laman tidak dikenali, selain tidak memuat-turun sebarang perkara yang dihantar melalui emel daripada mereka yang tidak dikenali.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Serangan Ransomware “WannaCry” Tersebar Seluruh Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info