Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Peranti Pertama Keluaran Essential Akan Dilancarkan 30 Mei Ini Dengan Rekaan Bahagian Atas Yang Unik

Peranti pertama keluaran Essential yang merupakan syarikat yang diasaskan oleh “Bapa Android” Andy Rubin mungkin akan dilancarkan 30 Mei ini. Akaun Twitter rasmi Essential memuat naik status mengatakan sebuah pengumuman besar akan dilakukan pada tarik tersebut. Turut diperlihatkan ialah teaser rekaan peranti dengan bahagian atas yang unik. Ia mungkin kamera yang boleh dinaikkan ke atas untuk mengambil selfie.

Ramai yang menantikan apakah inovasi yang bakal digunakan pada peranti ini. Setakat ini maklumat yang diketahui ialah ia peranti dengan bezel yang kecil seperti Mi Mix dan akan menggunakan sistem operasi Android. Ia turut akan mengutamakan sistem yang berasaskan kecerdasan buatan. Hanya beberapa hari sahaja sebelum 30 Mei dan kami amat teruja dengan apa yang bakal diumumkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Peranti Pertama Keluaran Essential Akan Dilancarkan 30 Mei Ini Dengan Rekaan Bahagian Atas Yang Unik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info