Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna Seluruh Dunia Kini Menghabiskan Secara Purata 50 Minit Di Platform Facebook

Mark Zuckerberg hari ini telah berkongsi mengenai info kewangan semasa syarikat bersama-sama pelabur mereka, dan pada masa yang sama menyentuh mengenai masa yang dihabiskan oleh pengguna pada platform yang dimiliki Facebook.

Menurut Mark Zuckerberg, kini pengguna secara purata menghabiskan sekitar 50 minit pada tiga platform utama mereka, iaitu Facebook, Messenger dan juga Instagram.

Pada masa yang sama, Mark Zuckerberg menekankan yang mana pengiraan ini tidak termasuk WhatsApp yang turut dimiliki mereka yang digunakan oleh majoriti pengguna seluruh dunia untuk berkomunikasi setiap hari.

Peningkatan dan kaedah pengiraan Facebook untuk pengguna aktif mereka berubah dari masa ke semasa. Sebelum ini mereka telah mengira mengikut angka pengguna, seterusnya angka pengguna aktif bulanan, dan seterusnya angka pengguna aktif harian. Kini, Mark Zuckerberg telah mula mengiranya melalui minit yang dihabiskan oleh pengguna pada platform mereka.

Seperti ramai sedia maklum, majoriti pendapatan Facebook adalah melalui pengiklanan, dan statistik seperti ini adalah salah satu komponen utama dalam menarik pengiklan ke platform berkenaan.

Selain ke semua platform ini juga, pihak Facebook turut memiliki Oculus yang mana mungkin akan membuatkan pengguna menghabiskan berjam-jam menggunakannya untuk menikmati kandungan atau memainkan permainan video.

Facebook 10 Tahun



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengguna Seluruh Dunia Kini Menghabiskan Secara Purata 50 Minit Di Platform Facebook"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info