Sembang Maniac

Sembang-sembang je

NVIDIA Menunjukkan Konsep Realiti Maya Berbilang Pengguna Di GTC

Minggu ini, NVIDIA sedang mengadakan acara tahunan GPU Technology Conference (GTC) dimana syarikat tersebut mengumumkan pelbagai jenis teknologi dan konsep baru yang menggunakan teknologi pemprosesan grafik mereka.

Salah satu konsep menarik yang ditunjuk sewaktu acara GTC ini ialah sebuah sistem komputer yang mampu menggerakkan bukan satu, bukan dua, tetapi empat unit headset realiti maya pada masa yang sama.

Tidak banyak butiran mengenai binaan konsep ini yang diperkatakan, kecuali ianya menggunakan empat unit kad grafik NVIDIA Quadro P6000, yang menggerakkan empat mesin maya yang seterusnya menggerakkan empat unit HTC Vive Business Edition dan teknologi penjejak HTC Lightroom.

Menurut pihak NVIDIA, konsep realiti maya berbilang pengguna ini hanyalah sebuah konsep prototaip buat masa sekarang untuk menunjukkan kemampuan kad-kad grafik Quadro. Walaupun penggunaannya lebih menjurus kepada mereka di sektor bisnes, pendidikan dan ketenteraan, tidak mustahil satu hari nanti kita boleh lihat berbilang pengguna menggunakan headset realiti maya ini di satu tempat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "NVIDIA Menunjukkan Konsep Realiti Maya Berbilang Pengguna Di GTC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info