Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nike Menghasilkan Kerangka iPhone 7 Dengan Rekaan Tapak Kasut

Nike dan Apple ialah dua jenama yang cukup terkenal di seluruh dunia. Mereka telah bekerjasama menghasilkan Apple Watch edisi Nike yang mensasarkan golongan pengguna yang gemar bersukan. Kini Nike sekali lagi menghasilkan aksesori untuk peranti Apple dalam bentuk kerangka iPhone 7.

Tiga kerangka tahan lasak di atas menggunakan rekaan tapak kasut Nike Air Force One dan Roshe yang popular. Ia diperbuat sepenuhnya dari bahan thermoplastic polyurethane. Ketiga-tiga kerangka ini hanya dihasilkan untuk model iPhone 7 sahaja setakat ini dan dijual pada harga $35 (~RM 152) sebuah. Kini kasut di kaki boleh dipadankan dengan telefon pintar di tangan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nike Menghasilkan Kerangka iPhone 7 Dengan Rekaan Tapak Kasut"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info