Tahun 2016 ialah annus horribillis bagi Samsung. Masalah yang melanda Galaxy Note 7 menyebabkan nama baik syarikat tercalar. Jualan peranti utama sedikit menurun berbanding tahun sebelumnya. Hari ini menurut laporan YonHap News, Samsung telah berjaya menjual lebih 55 Juta Galaxy S7 setakat ini.
Di dalam laporan yang sama, Samsung dikatakan telah menjual 7.2 Juta S7 di antara Januari dan Mac. Jualan S7 dijangka akan meningkat selepas ini menerima penurunan harga selepas Galaxy S8 memasuki pasaran. Samsung mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar peranti nombor satu dunia pada suku yang lalu dengan pegangan 23% pasaran.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lebih 55 Juta Samsung Galaxy S7 Telah Terjual Setakat Ini"