Google pada hari ini telah memulakan acara Google I/O memfokuskan para pembangun dengan berkongsi pelbagai statistik semasa mengenai produk-produk dan perkhidmatan mereka. Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa produk Google yang mempunyai lebih 1 bilion pengguna, termasuk seperti GMail, YouTube, Android dan sebagainya.
Berkongsi hari ini, Google turut mengatakan yang mana penggunaan Google Drive dan Google Photos turut meningkat dari hari ke hari – dan menariknya, untuk Android, kini terdapat lebih 2 bilion peranti Android di seluruh dunia.
Angka ini semestinya mengembirakan lagi para pembangun, dan menarik mereka untuk membangunkan aplikasi untuk platform dengan penggunaan majoriti di seluruh dunia.
Kini, Android bukan sahaja pada telefon pintar, tetapi juga turut diintegrasikan pada kenderaan, dan pelbagai peranti berhubung lain. Tidak mustahil untuk kita melihat angka berkenaan terus meningkat dari hari ke hari, apatah lagi dengan harga peranti pintar yang semakin murah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kini Terdapat Lebih 2 Bilion Peranti Android Aktif Di Seluruh Dunia"