Sembang Maniac

Sembang-sembang je

YouTube Memperkenalkan Pemain Video Baru Dengan Rekaan Lutsinar Kepada Semua Pengguna

YouTube telah menguji rekaan pemain video dengan latar lutsinar sejak beberapa bulan yang lepas, dan ketika itu ia hanya boleh diakses oleh segelintir pengguna sahaja. Hari ini, perkara tersebut berubah dan YouTube telah pun memperkenalkannya kepada semua pengguna seluruh dunia.

Pemain YouTube

Pemain media berasaskan HTML5 ini membawakan rekaan sedikit lutsinar, dan membolehkan anda melihat kandungan video walaupun ketika anda ingin mengakses beberapa kawalan seperti volume, tetapan, dan sebagainya.

Tempat kawalan tersebut akan hilang selepas seketika anda mengalihkan tetikus, dan memberikan anda pengalaman menonton video yang lebih baik lagi.

Anda boleh menyemak rekaan baru pemain media YouTube yang berbentuk lutsinar ini dengan melayari laman YouTube hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "YouTube Memperkenalkan Pemain Video Baru Dengan Rekaan Lutsinar Kepada Semua Pengguna"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info