Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jualan iPhone Menurun Pada Suku Pertama 2017 Kerana Persaingan Sengit Dari Pengeluar China

Angka jualan peranti pada suku pertama 2017 dikeluarkan oleh Gartner hari ini. Jualan Apple menunjukkan sedikit penurunan berbanding suku yang sama tahun lalu. Sedikit merisaukan bagi Apple ialah jualan peranti oleh pesaing dari China seperti Huawei, Oppo dan Vivo pula menunjukkan peningkatan yang mendadak.

Samsung masih kekal di tangga pertama dengan pegangan 20.7% pasaran. Ini adalah penurunan dari 23.3% tahun lalu sungguhpun jualan peranti meningkat hampir 3 Juta unit. Apple di tangga kedua dengan 13.7% diikuti oleh Huawei (9%), Oppo (8.1%) dan Vivo (6.8%). Apple adalah satu-satunya syarikat yang menunjukkan penurunan jualan dikalang lima pengeluar peranti terbesar di dunia.

Ancaman dari syarikat dari China ini mungkin mendorong kepada peningkatan pengiklanan sejak setahun kebelakangan ini. Papan iklan iPhone semakin banyak dilihat di Kuala Lumpur. Mereka juga mengemaskini laman mereka semalam untuk menarik pengguna Android untuk berhijrah ke iOS.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jualan iPhone Menurun Pada Suku Pertama 2017 Kerana Persaingan Sengit Dari Pengeluar China"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info