Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Intel Memperkenalkan Keluarga Pemprosesan Dibawah Siri Core-X – Termasuk Cip Intel Core i9

Intel hari ini telah mengambil pentas utama pada acara Computex 2017, dan mengumumkan beberapa perkara baru. Mencuri perhatian ketika pengumuman adalah pengenalan cip pemprosesan berkuasa ekstrim untuk desktop, iaitu siri cip pemprosesan terbaru Intel dinamakan Core-X.

Intel Core X

Siri Core X ini turut hadir dalam beberapa variasi dan model – termasuk dengan penawaran Core i5, Core i7 dan yang paling berkuasa dan terbaru adalah Core i9. Intel mengatakan Core i9 Extreme Edition sendiri merupakan cip pemprosesan desktop pertama untuk pengguna yang hadir dengan 18 teras dan 36 bebenang kuasa.

Semua siri Core X ini ditujukan kepada mereka yang perlukan kuasa pemprosesan yang tinggi – terutamanya untuk permainan video, atau penghasilan kandungan.

Intel Core-X

Beberapa cip dibawah siri Intel Core X in turut hadir dengan teknologi Turbo Boost Max 3.0 yang menawarkan lebih prestasi kepada pengguna dengan memaksimakan penggunaan setiap teras pada cip pemprosesan berkenaan.

Dengan kuasa pemprosesan yang tinggi ini, ia lebih ditujukan kepada para pengemar arena perkakasan dan yang inginkan kuasa pemprosesan sangat tinggi – seperti ketika menghasilkan kandungan, untuk realiti-maya, permainan video, dan sebagainya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Intel Memperkenalkan Keluarga Pemprosesan Dibawah Siri Core-X – Termasuk Cip Intel Core i9"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info