Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ASUS Hadir Dengan Dua Gaming Laptop Baru Khusus Untuk Permainan FPS dan MOBA

Di acara COMPUTEX yang sedang berlangsung di Taipei, ASUS mengumumkan kehadiran dua buah laptop baru yang dibina khusus untuk permainan komputer seperti Counter-Strike GO, Overwatch, League of Legends dan DoTA 2.

Kedua-dua laptop ini dinamakan ASUS ROG STRIX Scar Edition dan ASUS ROG STRIX Hero Edition. Mereka hadir dengan spesifikasi-spesifikasi yang hampir serupa, tetapi mempunyai beberapa perbezaan kecil yang membezakan kedua-dua model ini.

Dari segi spesifikasi, kedua-dua latop ini dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-7700HQ, memori DDR4 sebanyak 16GB, dan hadir dengan cakera keras 1TB. Dari segi grafik, kedua-dua laptop ini hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 ataupun GTX 1060, dan pihak ASUS juga ada menyatakan bahawa ia mungkin akan hadir juga dengan pilihan untuk kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 tidak lama lagi.

Menurut jurucakap ASUS, komponen di dalam laptop ini, seperti cakera keras, SSD dan memori boleh diubahsuai oleh pengguna melalui panel yang terletak di bahagian bawah laptop tersebut.

Dari segi paparan, kedua-dua laptop ini hadir dengan paparan bersaiz 14 inci yang mempunyai nilai kadar segar semula 120Hz. Di sini, beberapa perbezaan diantara STRIX Scar dan Hero Edition dapat dilihat. Laptop Scar Edition menggunakan panel TN dengan masa tindak-balas 5ms, manakala laptop Hero Edition menggunakan panel IPS dengan masa tindak-balas yang lebih tinggi. Kedua-dua paparan ini juga mempunyai resolusi Full HD 1920×1080.

Papan kekunci pada kedua-dua laptop ini juga melihatkan sedikit perbezaan diantara kunci-kunci yang diketengahkan. Laptop STRIX Scar Edition dilihat mengetengahkan kekunci WASD yang biasanya digunakan oleh banyak permainan video FPS, manakala laptop STRIX Hero Edition pula mengetengahkan kekunci QWER yang digunakan oleh permainan-permainan MOBA.

Perbezaan yang paling ketara hadir pada binaan dan rekaan kedua-dua laptop ini. ASUS ROG Scar Edition dilihat mempunyai cangkerang yang dibina menggunakan logam secara penuh, dan laptop ASUS ROG STRIX Hero Edition pula menggunakan gabungan logam dan plastik untuk binaannya.

Buat masa ini, ASUS masih belum lagi mengumumkan butiran mengenai harga dan tarikh pengeluaran kedua-dua laptop ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ASUS Hadir Dengan Dua Gaming Laptop Baru Khusus Untuk Permainan FPS dan MOBA"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info