Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Messenger Menerima Kemaskini Antaramuka Dengan Penambahan Tiga Tab Baru

Facebook agak aktif menambah beberapa ciri-ciri baru pada Messenger sejak beberapa bulan lepas. Selepas menambah sokongan Messenger Day yang memaparkan gambar dan video yang hilang selepas 24 jam, selain integrasi Instant Games, hari ini perkhidmatan permesejan berkenaan menerima kemaskini antaramuka kecil.

Melalui perubahan antaramuka yang sangat minima ini, kini Facebook menambah tiga tab baru yang membahagikan perkhidmatan permesejan mengikut penggunaan. Tiga tab yang dibahagikan, adalah “Messages”, “Active”, dan juga “Groups”.

Facebook Messenger

Messages adalah dimana pengguna boleh melihat inbox semasa mereka, dan mengikuti pelbagai perbualan sedia ada dengan mudah. “Active” pula membolehkan anda melihat rakan-rakan yang sedang aktif atau online pada Messenger, dan akhir sekali “Groups” menghubungkan anda kepada Facebook Groups kegemaran untuk berinteraksi.

Selain daripada itu, Facebook juga kini menggunakan sebuah dot berwarna merah pada bar navigasi dibawah untuk memaparkan aktiviti baru dan menjadikan pengguna lebih aktif mengakses bahagian-bahagian dan ciri lain pada Messenger.

Kemaskini baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna iOS dan Android seluruh dunia bermula hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Messenger Menerima Kemaskini Antaramuka Dengan Penambahan Tiga Tab Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info