Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bosan Dengan Suara Navigasi Waze? Kini Anda Boleh Gunakan Suara Anda Sendiri

Waze merupakan salah satu aplikasi navigasi yang tidak asing lagi bagi pengguna tempatan. Ia memberikan arahan suara untuk pengguna bersama-sama dengan paparan peta. Menariknya, selain daripada arahan suara asas, pengguna juga boleh memilih suara selebriti dan artis melalui aplikasi ini.

Kini, memberikan lebih pilihan kepada pengguna, anda boleh menggunakan suara sendiri untuk memberikan arahan memandu kepada anda.

Diperkenalkan untuk pengguna peranti Android sahaja buat masa ini, kini pengguna boleh merakamkan suara sendiri dan menggunakan ia ketika anda bernavigasi.

Waze Voice Recorder

Proses untuknya adalah sangat mudah. Pengguna dipaparkan dengan 39 frasa berbeza dengan had masa untuk setiap satunya – dan anda boleh memilih serta merakamkan suara anda untuk setiap arahan berkenaan.

Walaubagaimanapun, salah satu kekurangan daripada penggunaan suara sendiri ini adalah ia tidak membacakan kepada anda nama jalan yang spesifik.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mengemaskini aplikasi Waze untuk Android anda hari ini. Seterusnya ke halaman tetapan, dan memilih “Sound & Voice”, seterusnya “Voice Recorder”.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bosan Dengan Suara Navigasi Waze? Kini Anda Boleh Gunakan Suara Anda Sendiri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info