Papan induk untuk binaan PC hari ini hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz. Walaupun model-model kecil dan berkuasa dilihat menjadi semakin popular di kalangan pembina komputer hari ini, masih lagi ada tempat di arena PC untuk binaan yang besar dan agresif.
ASUS baru sahaja mengumumkan papan induk mereka yang terbesar dan tercanggih mereka dengan model ASUS ROG Maximus IX Extreme. Papan induk ini hadir dengan sokongan untuk cipset Intel Z270, dan digunakan bersama-sama dengan prosesor Intel Kaby Lake.
Benda pertama yang dapat dilihat pada papan induk ini ialah soket CPU dan juga pelbagai komponen seperti VRM, dan slot storan M.2 dilitupi oleh sebuah blok penyejuk cecair yang sangat besar. yang direka bersama-sama dengan syarikat pembuat aksesori komputer Bitspower.
Ia hadir dengan sokongan memori DDR4 dengan kelajuan 4133MHz, dua slot PCIe dengan sokongan multi-GPU untuk kad grafik oleh AMD (CrossFireX) dan NVIDIA (SLI). Selain dari itu, port M.2 PCIe papan induk ini juga menyokong teknologi storan Intel Optane, jadi ia mampu menyokong peranti-peranti storan seperti Intel Optane P4800X yang sangat pantas.
Dari segi port I/O, papan induk Maximus IX Extreme ini hadir dengan sokongan untuk USB 3.1 (Type-A dan Type-C), Thunderbolt 3, dan yang menariknya, port audio 3.5mm yang hadir dengan sokongan lampu LED. Bercakap tentang LED, papan induk ini juga hadir dengan sokongan ROG Aura yang hadir menerangi pelbagai kawasan papan induk ROG Maximus IX Extreme ini.
Jika dilihat dari segi komponen-komponen yang ada pada papan induk ini, ASUS memang mengkhususkan ROG Maximus IX Extreme ini untuk kaki-kaki overclocking. Daripada MosFET premium NexFET, pengawal PWM Digi+ dan juga kapasitor besi 10K yang digunakan, anda tidak lagi perlu risau tentang memaksimakan prestasi cip pemprosesan Intel Core i7-7700K anda.
Sistem penyejukan juga merupakan sebuah lagi aspek yang dititikberatkan pada papan induk ROG Maximus IX Extreme ini. Selain daripada blok penyejuk cecair Bitspower, papan induk ini juga hadir dengan 12 pencucuk kipas di sekitar papan induk ini, termasuk sensor aliran dan suhu yang lebih, jika anda mahu menggunakan lebih daripada satu sistem penyejuk cecair di dalam sebuah PC.
Tarikh pengeluaran dan tanda harga untuk papan induk ASUS ROG Maximus IX Extreme ini masih belum diketahui lagi, tetapi kami pasti bahawa ia akan ditunjuk di dewan COMPUTEX Taipei pada hujung bulan ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ASUS ROG Maximus IX Extreme – Papan Induk Kelas Bangsawan Khusus Untuk Penyejuk Cecair Khas"