Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mi Panoramic Dilancarkan – Kamera Rakaman Video 360 Darjah

Kegilaan semasa ialah menggunakan kamera 360 darjah bagi merakam video secara menyeluruh. Video yang dirakam kemudian boleh ditonton menggunakan peranti realiti maya bagi memberikan ilusi pengguna berada di dalamnya. Terdapat sebuah lagi kamera rakaman 360 darjah dilancarkan dan kali ini ia dihasilkan oleh Xiaomi.

Xiaomi Mi Panoramic ialah kamera kompak dengan kemampuan rakaman video 360 darjah. Dua sensor kamera Sony IMX206 sebesar 16-Megapixel digunakan dengan sokongan EIS. Mi Panoramic mampu mengambil gambar pada resolusi 23.9-Megapixel dan video pada resolusi 3.5K. Bateri sebesar 1600 mAh yang digunakan mampu membelikan rakaman sehingga 90 minit. Kamera ini kalis air IP67 dan dijual di China pada harga RMB 1699 (~RM 1093)



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Xiaomi Mi Panoramic Dilancarkan – Kamera Rakaman Video 360 Darjah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info